Ijtima' Tarbawi Peringkat Kebangsaan 2011

Ijtima' Tarbawi Peringkat Kebangsaan 2011 pada 28-30 Oktober 2011 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Selangor.

Belanjawan Pakatan Peruntuk RM220 Bilion

Dengan mengangkat tema "Kesejahteraan Untuk Semua", belanjawan Pakatan Rakyat memberi fokus yang lebih kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Konsep Keadilan Dalam Islam

Islam juga mewajibkan hubungan secara kemanusiaan, walaupun berbeza agama. Hak rakyat bukan Islam dalam Negara Islam hendaklah dijamin dengan seadil-adilnya, tanpa mengira kaya atau miskin.

Peneroka Lapor Polis Terhadap Isa Samad

Sebanyak 10 laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis di sini semalam oleh ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan wakil peneroka terhadap Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.

Cukai 6% Unifi dan Streamyx Mulai Januari

Pengguna Unifi dan Streamyx akan dikenakan cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus mulai 1 Januari 2012 nanti.

Rabu, 30 Mei 2012

Penduduk Putrajaya Tubuh Kelab Pembaca Harakah

PUTRAJAYA, 13 April - Kerana mengharapkan dan dahaga berita yang telus dan maklumat yang boleh menjadi alternatif ke2 selepas media arus perdana, beberapa penduduk dgn bantuan seorang korporat telah bertindak menubuhkan sebuah NGO yang dinamakan Kelab Pembaca Harakah Putrajaya.

Penubuhan Kelab tersebut telah dijayakan dengan rasminya oleh Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan Tuan Haji Mohamad bin Mohamad Nor sejurus selepas selesai solat jumaat di Surau al-Furqon Presint 11 Putrajaya. 500 naskah HARAKAH yang ditaja oleh seorang pegawai tinggi kerajaan - PTD-JUSA yg mahu namanya dirahsiakan telah diedarkan secara percuma kepada orang ramai. Semua jamaah yang hadir menyambut baik pemberian Harakah percuma yang diedarkan oleh ahli-ahli kelab.

"Memang benar tertera di halaman depan HARAKAH menyatakan HARAKAH hanya untuk AHLI SAHAJA tetapi yang dimaksudkan dengan ahli sahaja itu adalah dijual untuk ahli sahaja namun hari ini kita tidak menjual tetapi memberi secara percuma." Ujar Hj Sulaiman bin Man seorang ahli kelab yang tinggal di Putrajaya sejak 5 tahun yang lalu.

Seorang lagi ahli kelab Encik Majid bin Kalyubi pula menyatakan, "saya tidak memihak kepada mana mana parti tapi apabila membaca akhbar arus perdana langsung tidak ada kebaikan di pihak parti pembangkang membuatkan saya ingin mendapatkan pandangan kedua dan Harakah menjadi pilihan saya".

UMNO Putrajaya koyak Harakah, tak jadi bakar

PUTRAJAYA, 5 April: Kerja-kerja PAS Putrajaya untuk menyebarkan fikrah PAS melalui pengedaran Harakah secara percuma kepada penduduknya mula memberikan kesan. Ia dapat dilihat apabila Umno Putrajaya merancang untuk membakar akhbar yang menjadi suara rasmi PAS itu hari ini di food court Presint 8 tengahari ini.

Wakil Harakahdaily sedang menunggu peristiwa itu untuk merakamkan keberkesanan kerja yang dibuat oleh petugas PAS di Putrajaya.

"Penduduk Putrajaya akan membakar surat khabar Harakah sebagai tanda protes terhadap pihak PAS yang mengedar dan menggangu kententeraman penduduk di Putrajaya. "Tarikh 5/4/2012 jam 1.00 tghr. Bertempat di Presint 8, berdekatan dgn medan selera. Dato/tuan/puan dijemput buat liputan," kata satu SMS yang diedarkan oleh pemimpin Umno tempatan.

Ketua Penerangan PAS Putrajaya, Uzir Abdullah berkata, beliau bersama petugas PAS di sana mengedarkan 1,000 hingga 1,500 akhbar Harakah setiap minggu secara percuma kepada penduduk Putrajaya. Ia diedarkan dari rumah ke rumah untuk memberikan maklumat tambahan kepada penduduk di kota pentadbiran negara yang kebanyakannya didiami oleh kakitangan kerajaan itu.

"Orang kuat Umno Putrajaya sudah ada di sini tetapi belum nampak lagi akan adanya majlis pembakaran ini," kata Uzir kepada Harakahdaily.

Selasa, 29 Mei 2012

PAS anjur Ekspresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menganjurkan satu program anak muda besar-besar yang dipanggil “Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya”. Program itu akan diadakan pada 1 Jun depan bertempat di Stadium Darul Aman Kedah bermula jam 4.00 petang sehingga ke 7.00 malam.

Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, program tersebut merupakan program mega Dewan Pemuda PAS Malaysia sebagai kesinambungan Bersih 3.0 baru-baru ini. “Xpresi Hijau Anak Muda Ke Putrajaya ini adalah antara projek fasa akhir Dewan Pemuda PAS Malaysia menjelang pilihanraya umum ke 13 pasca Bersih 3.0. "Ia juga merupakan kesinambungan kebangkitan anak muda yang ditonjolkan ketika BERSIH 3.0 sebelum ini," katanya.

Menurut Nasruddin lagi, himpunan itu juga adalah bagi mengembeleng anak muda seluruh negara dan memimpinnya agar berjuang bersama PAS untuk menegakkan cita-cita perjuangan Islam melalui tawaran induk PAS iaitu Negara Berkebajikan.

Selain penampilan pimpinan parti, program tersebut juga bakal menampilkan ikon anak muda seperti Ustaz Azhar Idrus, Bob Lokman dan ramai lagi. Selain itu, Nasruddin dijangka akan mengetuai konvoi motosikal berkuasa tinggi dari Kuala Lumpur ke tempat program itu nanti.